Image

Image

Pemenang Anugerah Blog Terbaik 2013..

Tahniah diucapkan kepada blog-blog yang telah dinobatkan sebagai yang terbaik daripada antara yang terbaik menerusi Blog Awards 2013. Kejayaan dimiliki memang selayaknya kepunyaan blog-blog yang telah tercalon. Sekali lagi syabas diucapkan.
Pemenang Anugerah Blog Terbaik 2013
Acara Blog 2013 walaupuan ada tiris dalam beberapa segi seperti yang telah dinyatakan oleh beberapa blogger yang hadir, namun ia telah berjaya menghimpunkan ramai blogger hebat tanahair. Mungkin di tahun mendatang, acara ini akan lebih mantap dan akan menghimpunkan lebih ramai lagi blogger Malaysia.

Abang Ensem - Blogger Beri Sokongan Pada Denaihati - Best Personal Blog 2013
Usaha ini saya anggap sangat baik kerana menerusi satu event yang cukup besar dan di peringkat nasional, ia boleh memartabatkan blogger Malaysia, dan seterusnya menjadikan entiti blogger dalam masyarakat lebih dihormati dan disegani. Tidak lagi dianggap sebagai blogger yang hanya tahu mensensasikan cerita dan fakta atau menjadi penyebab isu biasa menjadi luarbiasa.

Malah, saya merasakan mungkin tidak lama lagi .... blogger akan dianggap sebagai kerjaya, dan menjadi salah satu bentuk pilihan dalam borang mana-mana butiran perjawatan di Malaysia. Blogger sebagai kerjaya, bukan lagi satu bahan ketawa sinis mereka yang pandang sebelah mata.
Wajah-Wajah Blogger Hebat Malaysia 2013 - Blog Awards
Sekali lagi tahniah buat rakan-rakan blogger yang berjaya menjadikan blog mereka terbaik antara yang terbaik dalam Blog Awards 2013.
Senarai Blog Terbaik Blogrrr Awards 2013
·         Best Blogshop – A-dressing
·         Best IT and Gadget Blog – JomPHP
·         Best Art & Photography Blog – Theeggyolks
·         Best Entertainment Blog – Rotikaya
·         Best Food & Travel Blog – Thebigsmallboy
·         Best Sports Blog – Sokernet
·         Best Fashion & Beauty Blog – Maxmayo
·         Best Family & Health Blog – Ibubapacemerlang2012
·         Best Personal Blog – Denaihati
·         Best Automotive Blog – Paultan
·         Best of Disability Blog – Amir-hamidi