KUMPULAN RABBANI telah ditubuhkan pada 1 March
1997. Rabbani bermaksud “Yang Arif dan yang Soleh” atau tafsiran secara umumnya
ialah ‘ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat kepada kebaikan’.
Dianggotai oleh 9 orang anak muda. Suatu penampilan yang melibatkan ahli yang
ramai. Kerana ingin membawa suatu kelainan dari segi penampilan, imej dan
persembahan.
Biarpun ketika ini kemunculan album-album nasyid
telah banyak lahir dengan berbagai konsep yang dibawa dan penerimaan masyarakat
juga amat menggalakkan. Kemunculan Rabbani adalah dengan konsep yang
tersendiri. Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang
dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah
mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini. Juga dipersembahkan
bersesuaian dengan citarasa remaja. Disamping itu ditampilkan dengan adunan
muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah. Dan
kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik
tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world
music didalam lagu-lagu terbarunya. Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid
ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua
golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.
Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini
mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat,
dakwah dan panduan. Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara
tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur. Lantaran itu
juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.
Biodata Ringkas Anggota Rabbani
NAMA : MOHAMAD ASRI BIN IBRAHIM
NAMA PANGGILAN : ASRI
TARIKH LAHIR : 3/8/1969
TEMPAT LAHIR : KLANG, SELANGOR
NAMA : MOHD ASRI BIN BAIDUL @ UBAIDULLAH
NAMA PANGGILAN : ASRI UBAI
TARIKH LAHIR : 20/12/1971
TEMPAT LAHIR : SG BESAR, SELANGOR
NAMA : AZADAN BIN ABDUL AZIZ
NAMA PANGGILAN : AZADAN
TARIKH LAHIR : 73/12/1973
TEMPAT LAHIR : BATU PAHAT, JOHOR
NAMA : MUHAMMAD LUQMAN BIN ABD AZIZ
NAMA PANGGILAN : LOQMAN
TARIKH LAHIR : 29/03/1974
TEMPAT LAHIR : ALOR SETAR, KEDAH
NAMA : MUHAMMAD RITHAUDDEEN BIN YAAKOB
NAMA PANGGILAN : RITHAUDDEEN
TARIKH LAHIR : 29/11/1971
TEMPAT LAHIR : KULIM, KEDAH
NAMA : MOHAMAD AFANDI BIN SHAHBUDIN
NAMA PANGGILAN : FENDI
TARIKH LAHIR : 08/08/1976
TEMPAT LAHIR : SEMANGGOL, PERAK
NAMA : AHMAD BIN SHAFIE
NAMA PANGGILAN : RAHMAT
TARIKH LAHIR : 31/03/1972
TEMPAT LAHIR : SABAK BERNAM, SELANGOR
NAMA : NAZRUL AZHAR BIN HJ TAMRIN
NAMA PANGGILAN : ACUL
TARIKH LAHIR : 14/06/1977
TEMPAT LAHIR : PONTIAN, JOHOR
NAMA : ZULKIFLEE BIN AZMAN
NAMA PANGGILAN : ZUL
TARIKH LAHIR : 04/05/1976
TEMPAT LAHIR : KOTA TINGGI, JOHOR
PENGHASILAN ALBUM
Hasil kerjasama dengan syarikat-syarikat rakaman
dan sepuluh tahun pembabitan di dalam industri hiburan, Rabbani telah
melahirkan 16 album kesemuanya seperti berikut:
1.
Rabbani. 1996
2.
ARAH Dari Mana… Ke
Mana… 1997
3.
Muhammad Ya Habibi.
(Kompilasi) 1998
4.
Ramadhan Remix (Rabbani
/ H.Madani) 1999
5.
Pergi Tak
Kembali. 1999
6.
Iqrar 1421. 2000
7.
Intifada 2000
8.
Aman 2001
9.
Qiblat 2002
10.
Kenangan (Kompilasi)
2003
11.
Epik 2003
12.
Yalla Beena 2004
13.
Suara Takbir 2005
14.
Malam Sinar
Maulidurrasul 1427 (VCD) 2006
15.
Ramadhan Syawal 2006
16.
Maulana 2007
17.
Rabbani 1418-1428H 2007
18.
Rabbani 1418-1428H
(VCD&VCD Karaoke) 2008
Dalam menghasilkan album tersebut kami telah
terlibat ramai penerbit, komposer serta pemuzik yang amat berpengalaman serta
berpengaruh yang banyak mencorak industri muzik tempatan contohnya seperti trio
yang amat terkenal KRU, Pak Ngah, Azmeer, Bong, Zaid Yusof, LY dan ramai lagi
yang mana dengan itu juga terlalu banyak ilmu dan manfaat yang kami perolehi
hasil pengalaman dan tunjuk ajar bersama mereka.
Juga terdapat karya lagu dan lirik untuk album
tersebut adalah hasil ciptaan Rabbani sendiri serta dari penerbit kami Ust.
Sohibul Fadhil (B. Nury) walaubagaimana pun ada juga sumbangan dari penulis
lain contohnya dari teman-teman, serta peminat.
PENCAPAIAN RABBANI
Alhamdulillah pencapaian setakat ini amat menggalakkan kami, walau dalam kegawatan ekonomi serta gejala cetak rompak yang sangat berleluasa album Rabbani masih dapat dijual dengan kuantiti yang amat menggalakkan. Seterusnya dalam industri muzik pula Rabbani amat bersyukur kerana kerap dicalonkan dipelbagai kategori hingga keperingkat akhir dan bermula pada tahun 2001 dan tahun 2003 adalah tahun yang amat bertuah buat Rabbani kerana telah mendapat beberapa anugerah terbesar dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia.
ANUGERAH INDSUTRI MUZIK (AIM)
1. Album Nasyid Terbaik 2001 – Iqrar – 1421
2. Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 –
Iqrar-1421
3. Album Terbaik 2001 – Iqrar-1421
4. Album Nasyid Terbaik 2002 – Intifada
5. Album Nasyid Terbaik 2003 – Qiblat
ANUGERAH BINTANG POPULAR – BERITA HARIAN
1. Penyanyi Nasyid Popular 2001
2. Penyanyi Nasyid Popular 2002
3. Penyanyi Nasyid Popular 2003
4. Penyanyi Nasyid Popular 2004
5. Penyanyi Nasyid Popular 2005
6. Penyanyi Nasyid Popular 2006
ANUGERAH ERA
1. Lagu Nasyid Pilihan 2001 – Intifada
2. Lagu Nasyid Pilihan 2006 – Nawaitu
ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM
1. Juara ACNI 2004 – Handzalah
2. Naib Juara ACNI 2005 – Yalla Beena
3. Vokal Terbaik ACNI 2005 – Yalla Beena
ANUGERAH NASYID MINGGU INI
1. Naib Juara 2004 – Yalla Beena
2. Persembahan Terbaik 2006
3. Penyanyi Solo Terbaik 2006
ANUGERAH KHAS
1. Anugerah Pencapaian Seni Terbaik 2006 (Kategori
Penyanyi Berkumpulan) – Persatuan Penyanyi-Pemuzik-Penulis Lagu Tanah Air
(PAPITA)
2. Anugerah Artis Paling Sporting – Mulut Laser
Mesra Sokmo Cit Cat 7 Terengganu
3. Anugerah Persembahan Terbaik – Mulut Laser Mesra
Sokmo Cit Cat 7 Terengganu