Tanggal 11 Julai setiap tahun adalah tarikh yang diingati ramai terutama
nya mereka yang meminati sukan no.1 Malaysia iaitu bola sepak..pada tarikh ni
perginya sebutir bintang bolasepak yang tiada galang gantinya...tak lain tak
bukan Mokhtar Dahari a.k.a Supermokh...meh aku share fakta tentang lagenda
bolasepak negara ni..
1. Dikatakan tiga batang jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol
negara pernah patah ketika cuba menampan satu sepakan kencang Supermokh ketika
dalam satu sessi latihan.
2. Ketika berusia 23 tahun, Mokhtar Dahari telah diiktiraf Majalah World
Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia
dinobatkan sebagai Olahr
agawan Kebangsaan 1976.
3. Mokhtar Dahari tidak suka diganggu ketika menjalani sessi latihan apatah
lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi.
4. Selepas tamat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1968 , Mokhtar
Dahari dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya dan
dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata “Kasut but yang diberi oleh
ayah saya mungkin hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya
bola sepak saya”.
5. Perlawanan pertamanya ketika mewakili Selangor dalam Pertandingan
Piala Burnley 1971 (sekarang Piala Razak) menentang Kedah dan menjaringkan gol
pertamanya pada perlawanan itu.
6. Pertama kali terpilih mewakili pasukan kebangsaan ketika Kejohanan
Piala Jakartaraya 1972.
7. Pernah menjaringkan gol terbanyak (5 gol) dalam satu perlawanan 1974
antarabangsa ketika menentang Filipina di Sukan Asia 1974 di Teheran.
8. Mokhtar Dahari menjaringkan 2 gol untuk kemenangan pasukan Malaysia
yang menundukkan gergasi kelab Inggeris , Arsenal dalam satu perlawanan
persahabatan pada tahun 1975 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur dan keesokkan
harinya khabar angin mengatakan bahawa the Gunners berminat untuk membeli
beliau ketika itu.
9. Mokhtar menjaringkan 1 gol yang membawa negara meraih pingat emas
Sukan SEA yang pertama pada tahun 1977 apabila menewaskan Thailand 2-0 pada
perlawanan akhir.
10. Gerakan menarik beliau yang menggelecek 5 pemain England dan
menjaringkan gol penyamaan dalam satu perlawanan persahabatan antara Malaysia
dan England pada tahun 1978 telah menyebabkan jurulatih England ketika itu ,
Bobby Robson berang dengan anak-anak buahnya.
11.Mokhtar Dahari menerima kad merah pertama dan terakhirnya dalam
karier bolasepaknya ketika menentang Singapura dalam saingan Piala Malaysia
pada tahun 1981. Pengadil `bersejarah’ yang menghadiahkan kad merah itu ialah
Othman Omar.
12. Kali terakhir mewakili negara pada Pra-Kelayakkan Piala Dunia
menentang Korea Selatan di Seoul tahun 1985.
13. Dengan kaps antarabangsanya sebanyak 167 caps, dan jumlah gol dalam
Piala Malaysia ialah 177 jaringan dan 125 jaringan di peringkat antarabangsa
membuatkan tiada lagi pemain yang dapat menyaingi rekodnya sehingga kini.
14. Khabar angin mula-mula bertiup pada tahun 1987 mengatakan Mokhtar
Dahari menghidap sejenis penyakit ‘ganjil’ sebelum beliau disahkan mengidap
penyakit Mascular Dystrophy pada tahun 1989. Beliau meninggal dunia pada hari
Khamis, 11 Julai 1991 jam 8.25 pagi di Pusat Perubatan Subang meninggalkan
seorang balu dan 3 orang anak.
15. Mendapat anugerah Darjah Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(D.S.S.A), dari Sultan Selangor yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2001
iaitu sepuluh tahun selepas kematiannya.
aku kata : dengan kemudahan yang terhad dulu..dengan jersi kit yang
biasa2 je boleh menang lawan team2 yang hebat dalam dunia ni..sebab diorang
main kerana negara.beliau dikhabarkan tapi dia tolak sebab nak main untuk
Malaysia...tapi sekarang ramai player kita yang ada kat luar negara, bila main
dengan team kebangsaan tak menjadi sebab style bermain tu dah lain..bukan nak
kutuk...tapi siapa yang ikut perkembangan bola tempatan mesti tau dan perasan
apa yang aku tulis ni..
maaf andai terkasar bahasa...apa pun Supermokh lagenda yang tiada galang
ganti nya.. ~al-Fatihah~