Kaabah di Mekah terletak selari dengan Kaabah
Malaikat dilangit yang ketujuh dipanggil "Baitul Makmur".
Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w menyebut Kota Mekah dipilih
sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan
Baitul Makmur di alam malaikat.
Baitul Makmur merupakan tempat khas yang diciptakan
Allah khusus SWT untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal
iaitu di Arasy. Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan
untuk menghabiskan satu tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari
Kiamat.
Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat
bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah
sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.
Dikatakan ketika Nabi Ibrahim dalam usia yang
lewat, baginda diperintahkan oleh Allah untuk membina Kaabah dengan bantuan putera
baginda Nabi Ismail.
Nabi Ibrahim dan anaknya itu diperintahkan oleh
Allah supaya membina semula Kaabah yang sesetengah riwayat binaan itu dibina di
atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang runtuh
akibat banjir besar dan taufan yang melanda di zaman Nabi Nuh as.
Ini disebut dalam firman Allah SWT yang
bermaksud:
"Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim
tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau
menyekutukan sesuatu pun denganKu dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi
orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud."
(Surah al-Hajj: 26-27)
Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dikatakan
menggunakan batu-batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah
kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan
Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang
bertentangan dengan kedua-dua sudut.
Ketika membina Kaabah itu, Nabi Ibrahim berkata
kepada Ismail:
"Bawakan batu yang baik kepadaku untuk aku
letakkan di satu sudut supaya ia menjadi tanda kepada manusia".
Apakah 15 rahsia Kaabah dibumi Mekah yang patut
kita ketahui? Mungkin N3 selepas ini captain akan masuk sikit pasal "Baitul
Makmur".
15 RAHSIA KAABAH
15 Rahsia Kaabah di Mekah Binaan Kaabah yang
merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia
merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat
berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti
paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah
berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan
langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada
segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang
berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema
atau ruang dalam masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang
tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron
menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan
ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan
Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh
meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat
membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya,
mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak.
Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang
terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat
persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti,
zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara
automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan
menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam
memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang
ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya
begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh
manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan
jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga,
sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik
kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad
atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita
mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup
kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima
gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas
melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana
segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya
yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur
atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam
ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau
reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan
diterima oleh tubuh.
Sedikit fakta mengenai Kaabah:
1. Kaabah ialah sejenis binaan yang berbentuk kiub.
Tingginya kira-kira 13.10 meter, dengan sisinya selebar 11.03 meter darab 12.86
meter.
2. Ia telah dibina oleh Nabi Ibrahim as dan anak
sulungnya, Nabi Ismail as. Pada mulanya, Kaabah mempunyai dua pintu iaitu satu
di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur.
3. Binaan awal hanyalah terdiri daripada kayu dan
tidak berbumbung. Menurut ulama dan cendiakiawan Islam, tapak Kaabah sebenarnya
adalah tapak ibadat oleh para Malaikat dan penghuni langit namun kemudiannya di
angkat ke langit ke tujuh. Tapak ibadat para Malaikat dan penghuni langit
digelar Baitul Makmur. Baitul Makmur berada selari dengan Kaabah di dunia.
4. Di satu penjuru Kaabah terdapat batu hitam yang
dikenali sebagai Hajar Aswad. Diriwayatkan bahawa batu ini diturunkan di Jabal
Abu Qubais dalam keadaan putih bersih. lebih bersih daripada susu. Namun,
lama-kelamaan batu putih bertukar hitam dek kerana dosa anak Adam yang
menciumnya.
5. Kaabah pernah beberapa kali rosak antaranya
adalah disebabkan banjir dan peperangan. Antara paling diingati adalah peristiwa
di mana Hasin bin Numayr telah mengarahkan tenteranya melontarkan batu dengan
menggunakan manjanik ke atas pasukan Abdullah bin Zubair yang bertahan di
Kaabah. Tembakan dengan manjaniq ini menyebabkan terbakarnya tirai atau kiswah
Kaa’bah.
6. Kiswah atau kain penutup Kaabah pertama kali
diperkenalkan samaada oleh Nabi Ismail as atau moyang Nabi Muhammad saw, Adnan
bin Ad.
7. Hijr Ismail terletak di sebelah utara Kaabah
yang dibatasi tembok berbentuk setengah bulatan. Ia dipercayai sebagai tempat
tinggal Nabi Ismail semasa hayatnya dan kemudian menjadi kuburan beliau dan
juga ibunya, Siti Hajar.
8. Terdapat satu kawasan khas yang dipagar di
sekitar kompleks Kaabah. Ia adalah Maqam Ibrahim. Maqam Ibrahim dalam erti kata
di sini adalah tempat pijak Nabi Ibrahim bukannya kubur Nabi Ibrahim. Di sini,
dapat dilihat kesan tapak kaki Nabi Ibrahim yang tenggelam ke dalam batu
sedalam 9 cm.
9. Di bumbung Kaabah terdapat satu pancuran air
yang dikenali Mizab Kaabah. Mizab Kaabah dibina untuk membuang air hujan yang
sering bertakung di bumbung Kaabah. Ia disaluti dengan emas dan diukir dengan
bergitu cantik.
10. Pada 8 Zulhijjah 317 Hijrah, Abu Taher
al-Qurmuthi daripada Bahrain telah datang menyerang Mekah sehingga ramai jemaah
haji terbunuh. Banyak harta benda jemaah haji dirampas bergitu juga dengan hak
milik Kaabah iaitu Hajar Aswad. Mizab Kaabah juga ingin dirampas namun tidak
berjaya apabila Allah mentakdirkan pengikut Abu Taher yang ingin mengambil
Mizab Kaabah tersebut terbunuh akibat jatuh daripada bumbung Kaabah.
Wallahualam.