Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Muslim, dari Umar Ibni Al- Khattab r.a. bahawa didalam pertemuan malaikat
Jibril dengan Rasulullah s.a.w didalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan
kepada Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
“Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadakumengenai iman maka jawab Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah s.w.t, maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.”
1.
Percaya kepada Allah.
2.
Percaya kepada Malaikat.
3.
Percaya kepada Kitab.
4.
Percaya kepada Rasul.
5.
Percaya kepada Hari Kiamat.
6.
Percaya kepada Qada’ dan Qadar.